BERITA TERKINI   Kerajaan cadang perluas perlindungan PERKESO kepada warganegara Malaysia di luar negara - PM Anwar | Kerajaan komited perkasakan wanita sebagai pemacu utama pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan sosial negara - PM Anwar | Kerajaan setuju perkenal Elaun Pasca Cuti Bersalin iaitu bantuan kewangan bagi cuti tambahan hingga sebulan- PM Anwar | Klinik Gig Bergerak akan diwujudkan di hab penghantaran bagi pemeriksaan kesihatan percuma dan kaunseling - Ramanan | Akademi Semikonduktor KESUMA akan ditubuh untuk melatih bakat dalam reka bentuk cip dan AI - Ramanan | 

Pharmora Tingkatkan Pegangan Apex Healthcare Kepada 94.94 Peratus

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Apex Healthcare Bhd mengumumkan Pharmora Investment Holdings Pte Ltd meningkatkan pegangannya dalam syarikat itu kepada 94.94 peratus susulan tawaran pengambilalihan sukarela tanpa syarat.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Apex Healthcare berkata pegangan sebanyak 94.94 peratus itu mewakili 685.95 juta saham setakat hari ini.

“Bagaimanapun, seperti yang diumumkan pada 22 Dis, 2025, tawaran ini akan kekal terbuka untuk diterima sehingga 5 petang pada Isnin, 5 Jan, 2026,” menurut syarikat berkenaan.

Sebelum ini, Pharmora memperoleh 659.05 juta saham atau 91.22 peratus pegangan setakat 22 Disember, sebelum mengambil alih tambahan 3.08 juta saham daripada pasaran terbuka pada 23 Disember yang meningkatkan kepentingan efektifnya kepada 91.65 peratus.

Pharmora merupakan syarikat tujuan khas dan dimiliki bersama Quadria Capital Fund III Holdings Pte Ltd dan Dr Kee Kirk Chin yang juga merupakan pemegang saham utama, Pengerusi serta Ketua Pegawai Eksekutif Apex Healthcare.

-- BERNAMA