BERITA TERKINI   PM Anwar tiba di Ashgabat pada 8 malam (11 malam waktu Malaysia) untuk lawatan rasmi dua hari ke Turkmenistan | Kerajaan Persekutuan luluskan penubuhan Majlis Tahfiz Negara - TPM Ahmad Zahid | PRN Johor: Chu Poh Yee calon DAP bagi kerusi DUN Mengkibol menggantikan penyandang Chew Chong Sin - Loke | Bekalan minyak: draf perjanjian dan prinsip kerjasama telah dipersetujui, hanya menunggu proses pemuktamadan & pemeteraian selepas lawatan teknikal terperinci - PM Anwar | Rusia beri jaminan bekalan minyak dan gas kepada Malaysia untuk jangka masa panjang - PM Anwar | 

Bayaran Balik Lebihan Cukai Taksiran 2023, 2024 Diselesaikan Tahun Ini  -- PM Anwar

KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) --  Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan akan menyelesaikan sepenuhnya bayaran balik lebihan cukai bagi tahun taksiran 2023 dan 2024 pada tahun ini.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata jumlah bayaran balik lebihan cukai mencecah RM22.5 bilion pada 2024 yang merupakan tertinggi dalam tempoh lima tahun.

Dalam Amanat Tahun Baharu 2026 pada Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri hari ini, beliau berkata keputusan mempercepat bayaran balik itu dibuat dengan mengambil kira pandangan rakyat, terutamanya yang melibatkan syarikat-syarikat kecil.

“Kita mendengar pandangan, kegelisahan rakyat terutama syarikat-syarikat kecil,” kata beliau.

Selain itu, Anwar berkata Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) juga telah berjaya menyelesaikan sejumlah 3.7 juta kes bayaran balik lebihan cukai pada 2025.

-- BERNAMA