BERITA TERKINI   21 pegawai terlibat dalam aktiviti tidak bermoral sedang disiasat - Menteri Pertahanan | Warga ATM terlibat aktiviti tidak bermoral, rosakkan imej ATM akan disingkir daripada perkhidmatan - Mohamed Khaled | Kajian keperluan pelaksanaan semula UPSR dan PT3 akan bermula tahun ini - Menteri Pendidikan | Kementerian Pertahanan dan ATM telah lama haramkan kegiatan tidak bersahsiah di semua kem di seluruh negara - Mohamed Khaled | Pelan anti rasuah Kementerian Pertahanan akan dirombak besar-besaran tahun ini - Mohamed Khaled  | 

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Kekukuhan Harga Minyak Kacang Soya

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad dan Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini berikutan harga minyak kacang soya yang lebih kukuh di Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT), kata seorang peniaga niaga hadapan.

David Ng daripada Iceberg X Sdn Bhd berkata sentimen pasaran juga disokong oleh jangkaan permintaan eksport yang lebih kukuh dalam tempoh beberapa minggu akan datang.

"Permintaan eksport dijangka meningkat dalam beberapa minggu akan datang, disokong oleh pembelian bermusim dari China menjelang perayaan Tahun Baru Cina bulan depan.

“Kami melihat paras sokongan melebihi RM3,950 setan dan paras rintangan pada RM4,100 setan,” katanya kepada Bernama.

Pada penutup dagangan, kontrak Januari 2026 susut RM4 kepada RM3,950 setan, tetapi Februari 2026 meningkat RM15 kepada RM3,995 setan,dan Mac 2026 naik RM23 kepada RM4,014 setan.

Kontrak April 2026 meningkat RM29 kepada RM4,028 setan, Mei 2026 menokok RM35 kepada RM4,032 setan, dan Jun 2026 menambah RM34 kepada RM4,028.

Jumlah dagangan mengukuh kepada 40,027 lot daripada 30,105 lot pada Jumaat minggu lepas manakala kepentingan terbuka naik sedikit kepada 259,729 kontrak daripada 259,181 kontrak. 

Harga fizikal MSM bagi Januari Selatan tidak berubah pada RM4,000 setan.

-- BERNAMA