BERITA TERKINI   Sekolah diingatkan agar tidak potong BAP, berikan sepenuhnya RM150 - Fadhlina | MCMC pertimbang saman X susulan Grok gagal patuhi undang-undang keselamatan negara - Fahmi | MPOB akan perkenalkan harga rujukan rasmi Minyak Masak Terpakai pada suku pertama 2026 - Noraini Ahmad | Harga purata minyak sawit mentah meningkat sebanyak 2.7 peratus kepada RM4,292 satu tan pada 2025 daripada RM4,179 pada 2024 - Noraini Ahmad | Hasil eksport minyak sawit dan produk berasaskan sawit dijangka melebihi RM100 bilion dengan pengeluaran minyak sawit mentah menghampiri 20 juta tan - Noraini Ahmad | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini seiring dengan kenaikan harga emas di COMEX Amerika Syarikat (AS).

Kontrak bulan semerta baharu Januari 2026 meningkat kepada US$4,485.40 setiap auns troy daripada US$4,440.70 pada Khamis, Februari 2026 naik kepada US$4,502.20 setiap auns troy daripada US$4,457.20, dan Mac 2026 menokok kepada US$4,520.10 setiap auns troy daripada US$4,475.20.

Kontrak April, Jun dan Ogos 2026 juga tinggi ditutup kepada US$4,538.10 setiap auns troy daripada US$4,493.20 sebelumnya.

Jumlah dagangan turun kepada 141 lot daripada 239 lot pada Khamis manakala kepentingan terbuka susut kepada 238 kontrak daripada 315 kontrak.

Harga emas fizikal ditetapkan pada US$4,429.35 setiap auns troy di London Bullion Market Association pada 8 Januari 2026.

-- BERNAMA