BERITA TERKINI   Inflasi Malaysia meningkat 2.0 peratus pada Mei 2026 - DOSM | Lebihan dagangan meningkat kepada RM40.4 bilion pada Mei 2026, sekali gus mencatat lebihan selama 73 bulan berturut-turut sejak Mei 2020 - DOSM | Eksport Malaysia tumbuh 45.3 peratus kepada RM184.0 bilion, import naik 14.1 peratus kepada RM143.6 bilion pada Mei 2026 - DOSM | Jumlah perdagangan Malaysia meningkat 29.8 peratus kepada RM327.6 bilion pada Mei 2026, didorong pertumbuhan eksport lebih kukuh - DOSM | DBKL peruntuk RM200 juta di bawah Program Lestari Niaga bangunkan semula 287 lokasi gerai penjaja di ibu negara - Hannah | 

Niaga Hadapan Emas Dijangka Diniagakan Tinggi Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan tinggi minggu depan ketika ia bergerak menuju ke paras US$4,600 setiap auns troy.

RHB Investment Bank Bhd (RHB IB) bagaimanapun berkata sekiranya momentum menurun semakin mengukuh, paras US$4,200 setiap auns troy sepatutnya bertindak sebagai penampan.

Berdasarkan perbandingan mingguan, kontrak Januari 2026 meningkat kepada US$4,485.40 setiap auns troy daripada US$4,401.8 seminggu sebelumnya, manakala Februari 2026 meningkat kepada US$4,502.20 daripada US$4,417.3 dan Mac 2026 melonjak kepada US$4,520.10 daripada US$4,433.9.

Kontrak April, Jun dan Ogos 2026 juga ditutup lebih tinggi kepada US$4,538.10 setiap auns troy, daripada US$4,451.9 sebelumnya.

Jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 1,160 lot daripada 441 seminggu sebelumnya, manakala kepentingan terbuka menokok kepada 238 kontrak daripada 95.

Emas fizikal ditetapkan pada US$4,429.35 setiap auns troy pada penetapan 8 Januari 2025 di London Bullion Market Association. 

-- BERNAMA