BERITA TERKINI   UEC: Sebarang pengiktirafan mesti berpaksi Perlembagaan Persekutuan, Falsafah Pendidikan Kebangsaan - Ahmad Zahid | Pemerkasaan pendidikan tahfiz di pelbagai peringkat, bukti komitmen kerajaan bina generasi Huffaz Profesional - Ahmad Zahid | Liga Super: Kelantan TRW FC 3-2 Sabah FC | Liga Super: Terengganu FC 1-0 DPMM FC | 

Kontrak Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FBM KLCI dibuka tinggi pada Isnin, seiring dengan kenaikan di pasaran tunai.

Pada 9.45 pagi, Januari 2026 meningkat 8.5 mata kepada 1,693.5; Februari 2026 naik 9.0 mata kepada 1,697.0 dan Mac 2026 menambah 7.5 mata kepada 1,677.5.

Bagaimanapun, Jun 2026 tidak didagangkan dan kekal pada 1,670.5.

Jumlah dagangan mencecah 1,629 lot manakala kepentingan terbuka sebanyak 35,555 kontrak.

Selepas 50 minit dagangan, FTSE Bursa Malaysia KLCI meningkat 2.55 mata kepada 1,689.09 daripada 1,686.54 ketika ditutup Jumaat lepas.

-- BERNAMA