BERITA TERKINI   MOT laksana larangan pemanduan kenderaan barangan dan logistik mulai 19, 20, 28 dan 29 Mac sempena Aidilfitri | Harga minyak mentah global kini melebihi US$100 setong, Kerajaan kekal RON95 bersubsidi RM1.99 seliter - Kementerian Kewangan | Gas Malaysia akan bangunkan terminal LNG Yan selepas kelulusan Suruhanjaya Tenaga | Ringgit meningkat kepada 3.9145/9205 berbanding dolar AS semasa ditutup hari ini, daripada 3.9155/9200 pada Selasa | Kehadiran dua kapal Tentera Laut Amerika Syarikat di Pulau Pinang adalah persinggahan sementara bagi urusan logistik- Khaled Nordin | 

Sektor Hartanah Malaysia Dijangka Stabil Pada 2026 Susulan Pelancaran Berhemat, Projek Kerajaan

KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) -- Sektor hartanah Malaysia dijangka stabil pada 2026, dengan penggiat industri melancarkan projek dengan berhemat di samping pelaksanaan projek Kerajaan Persekutuan dan negeri seperti Bandar MADANI dan rumah mampu milik yang semakin berkembang.

Pengarah Eksekutif KL Wellness City bagi penjenamaan, jualan dan pemasaran Datuk Seri Dr Vincent Tiew berkata tahun ini dijangka menjadi tahun yang tenang bagi sektor hartanah, dengan keseluruhan pasarannya diunjur ke arah prospek positif bagi pemaju hartanah dan pembeli, sama ada pembeli kali pertama atau pelabur hartanah.

"Dalam tempoh dua tahun lepas, tiada pelaburan spekulatif besar oleh pembeli hartanah di Malaysia. Hanya terdapat pembeli asing di kawasan tertentu sahaja.

“Selain itu, saya berpandangan bahawa pemaju hartanah amat berhati-hati. Oleh itu, anda boleh lihat syarikat pembinaan mencatat pertumbuhan stabil dan mendapat beberapa kontrak yang munasabah di dalam negara,” katanya pada program Bernama TV, The Nation bertajuk ‘Malaysia’s Property Outlook 2026’ hari ini.

Bagaimanapun, Tiew berkata harga hartanah dijangka meningkat sehingga 3.0 peratus, didorong oleh kos pembinaan yang semakin bertambah.

-- BERNAMA