BERITA TERKINI   Kerajaan berhak tarik balik bantuan yang diluluskan sekiranya berlaku ketidakpatuhan - MoF | Peruntukan keseluruhan STR dan SARA tahun ini berjumlah RM15 bilion, tertinggi dalam sejarah kerajaan - MoF | RM1.1 bilion diperuntukkan untuk STR Fasa 1 tahun ini, 3.7 juta isi rumah dan 1.3 juta warga emas tiada pasangan dapat manfaat - MoF | Perbincangan bersama Jawatankuasa Keselamatan Dalam Talian semalam sentuh aspek cabaran AI, proses pengawalseliaan sandbox - Fahmi | MINDEF diberi keutamaan guna pakai kerangka ESG berikutan skala perolehan yang besar dan keperluan tadbir urus lebih mampan – Fahmi | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Meningkat Dalam Sesi Awal

KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FBM KLCI dibuka tinggi pada Rabu walaupun penurunan di pasaran tunai.

Pada 9.35 pagi, kontrak-kontrak semasa iaitu Januari 2026 menokok 11.0 mata kepada 1,716.0, Februari 2026 dan Mac 2026 menambah 9.0 mata masing-masing kepada 1,718.5 dan 1,700.0, mankala Jun 2026 naik 10.0 mata kepada 1,702.0.

Jumlah dagangan sebanyak 1,848 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 36,698 kontrak.

Indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI meningkat 1.70 mata kepada 1,700.90 selepas 40 minit dagangan dijalankan berbanding paras penutupan Selasa pada 1,708.20.

-- BERNAMA