BERITA TERKINI   MOT laksana larangan pemanduan kenderaan barangan dan logistik mulai 19, 20, 28 dan 29 Mac sempena Aidilfitri | Harga minyak mentah global kini melebihi US$100 setong, Kerajaan kekal RON95 bersubsidi RM1.99 seliter - Kementerian Kewangan | Gas Malaysia akan bangunkan terminal LNG Yan selepas kelulusan Suruhanjaya Tenaga | Ringgit meningkat kepada 3.9145/9205 berbanding dolar AS semasa ditutup hari ini, daripada 3.9155/9200 pada Selasa | Kehadiran dua kapal Tentera Laut Amerika Syarikat di Pulau Pinang adalah persinggahan sementara bagi urusan logistik- Khaled Nordin | 

BHIC, DCI Meterai Perjanjian Kerjasama Bagi Perkhidmatan Sokongan Pertahanan

KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Boustead Heavy Industries Corporation Bhd (BHIC) memeterai perjanjian kerjasama yang tidak mengikat dengan syarikat perkhidmatan pertahanan Perancis, Défense Conseil International (DCI).

Perjanjian itu bagi membangunkan rangka kerja bagi meneroka potensi kerjasama jangka panjang di Malaysia.

DCI beroperasi di bawah Kementerian Pertahanan Perancis.

BHIC dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata kerjasama ini akan memberi tumpuan kepada bidang seperti sokongan alat ganti dan komponen untuk platform sayap berputar (rotary-wing) serta sokongan teknikal, tenaga kerja dan perkhidmatan sokongan berkaitan lain.

Syarikat itu berkata perjanjian berkenaan tidak akan memberi kesan kepada pendapatan syarikat, tahap hutangnya, modal saham atau pegangan saham pemegang saham utama.

"Tiada kepastian perbincangan yang sedang berlangsung antara pihak-pihak tersebut akan menghasilkan perjanjian yang mengikat bagi urus niaga yang dicadangkan.

"Sebarang perkembangan penting berkaitan perjanjian ini akan diumumkan mengikut keperluan," tambahnya.

-- BERNAMA