BERITA TERKINI   Perbincangan MCMC dengan pihak X diadakan 21 Jan - Fahmi | STR Fasa 1 tahun 2026 disalurkan mulai 20 Jan, beri manfaat kepada lima juta penerima - PMO | Kadar perbelanjaan bantuan SARA capai 100 peratus tahun lepas, bukti keberkesanan kepada rakyat - PMO | Pelaksanaan bantuan, subsidi bersasar bantu sokong kuasa beli golongan memerlukan - PMO | Kadar pengangguran negara mencatat 2.9 peratus, terendah dalam tempoh 11 tahun - PMO | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Susulan Pengukuhan Dolar AS

KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Khamis apabila dolar Amerika Syarikat (AS) mengukuh selepas Presiden Donald Trump dilihat tidak mempunyai perancangan untuk menyingkirkan Pengerusi Rizab Persekutuan sedia ada.

Kontrak bulan semerta baharu Januari 2026 susut kepada US$4,612.80 setiap auns troy daripada US$4,649.60 pada Rabu manakala Februari 2026 merosot kepada US$4,629.40 daripada US$4,665.30 dan Mac 2026 lebih rendah kepada US$4,646.20 daripada US$4,682.60.

Kontrak April, Jun dan Ogos 2026 turut lebih rendah, ditutup pada US$4,665.30 setiap auns troy daripada US$4,669.90 sebelumnya.

Jumlah dagangan meningkat kepada 365 lot daripada 160 lot semalam manakala kepentingan terbuka bertambah kepada 403 kontrak daripada 231 kontrak sebelumnya.

Emas fizikal ditetapkan pada US$4,606.50 setiap auns troy mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 14 Jan, 2026.

-- BERNAMA