BERITA TERKINI   Hari Muzium Antarabangsa: 19 muzium dibuka percuma kepada rakyat Malaysia pada 18 Mei ini ⁠- Aaron | PM Anwar lancar Skim PADURI MADANI, dana RM230 juta untuk usahawan wanita B40 | 6,680 individu termasuk 15 remaja diberi notis kesalahan buang sampah sejak Januari - Aiman Athirah | PM Anwar tegaskan kebenaran pelajar laluan UEC masuki IPTA dibuat bersyarat, seperti lulusan sekolah luar sistem pendidikan kebangsaan lain | KPM umum 12 inisiatif untuk warga pendidik sempena sambutan Hari Guru tahun ini - Fadhlina | 

Anak Syarikat Favelle Favco Raih Kontrak Bekal Kren Bernilai RM76.3 Juta

KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) -- Favelle Favco Bhd meraih tiga kontrak baharu membekalkan kren menara dan luar pesisir dengan nilai gabungan sebanyak RM76.3 juta.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, kumpulan itu berkata kontrak berkenaan diberikan kepada anak syarikat milik penuhnya, Favelle Favco Cranes Pty Ltd dan Favelle Favco Cranes (M) Sdn Bhd.

Favelle Favco Cranes Pty Ltd meraih kontrak daripada Reko Dig Mining Company (Private) Ltd untuk membekalkan sebuah kren menara, dengan penghantarannya dijangka menjelang akhir 2026.

Sementara itu, Favelle Favco Cranes (M) Sdn Bhd pula memperoleh dua kontrak pembekalan kren luar pesisir. Satu kontrak diberikan oleh OceanSTAR Elite Marine & Offshore Services Pte Ltd, dengan penghantaran dijangka pada suku pertama 2027, manakala satu lagi daripada Thai Nippon Steel Engineering & Construction Corporation Ltd, dengan penghantaran dijangka menjelang akhir 2026.

Favelle Favco berkata kontrak berkenaan dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih kumpulan bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember, 2026 dan tahun kewangan seterusnya.

-- BERNAMA