BERITA TERKINI   MOT laksana larangan pemanduan kenderaan barangan dan logistik mulai 19, 20, 28 dan 29 Mac sempena Aidilfitri | Harga minyak mentah global kini melebihi US$100 setong, Kerajaan kekal RON95 bersubsidi RM1.99 seliter - Kementerian Kewangan | Gas Malaysia akan bangunkan terminal LNG Yan selepas kelulusan Suruhanjaya Tenaga | Ringgit meningkat kepada 3.9145/9205 berbanding dolar AS semasa ditutup hari ini, daripada 3.9155/9200 pada Selasa | Kehadiran dua kapal Tentera Laut Amerika Syarikat di Pulau Pinang adalah persinggahan sementara bagi urusan logistik- Khaled Nordin | 

Indeks Volum Eksport, Import Malaysia Meningkat Pada Disember 2025 - Jabatan Perangkaan

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Indeks volum eksport dan import Malaysia masing-masing meningkat 13.8 peratus dan 4.0 peratus pada Disember 2025, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan berkata peningkatan indeks volum eksport adalah seiring dengan kenaikan indeks jentera dan peralatan pengangkutan (+23.6 peratus), barangan keluaran kilang (+22.2 peratus) serta minyak dan lemak haiwan dan sayuran (+14.5 peratus), manakala indeks volum eksport pelarasan bermusim juga meningkat sebanyak 7.0 peratus kepada 177.4 mata daripada 165.8 mata.

Beliau berkata indeks nilai seunit eksport menurun sebanyak 0.4 peratus pada Disember 2025, disebabkan oleh penurunan indeks minyak dan lemak haiwan dan sayuran (-2.7 peratus), pelbagai keluaran kilang (-0.5 peratus), dan jentera dan peralatan pengangkutan (-0.3 peratus).

“Merujuk kepada perbandingan tahunan, kedua-dua indeks nilai seunit eksport dan indeks volum masing-masing berkembang 1.8 peratus dan 8.4 peratus,” katanya.

Sementara itu, indeks volum import meningkat sebanyak 4.0 peratus pada Disember 2025 berbanding bulan sebelumnya, disumbangkan oleh kenaikan indeks pelbagai barangan keluaran kilang (+32.3 peratus), bahan kimia (+27.9 peratus) dan makanan (+25.2 peratus), manakala indeks volum import pelarasan bermusim meningkat sebanyak 3.4 peratus kepada 242.3 mata daripada 234.3 mata.

DOSM berkata indeks nilai seunit import juga menurun sebanyak 0.3 peratus pada Disember 2025, disebabkan oleh penurunan indeks minyak galian (-1.8 peratus), bahan kimia (-0.5 peratus) serta jentera dan peralatan pengangkutan (-0.3 peratus).

“Perbandingan tahun ke tahun menunjukkan bahawa indeks nilai seunit import menurun sebanyak 3.0 peratus, manakala indeks volum meningkat sedikit sebanyak 15.4 peratus,” katanya.

Terma perdagangan Malaysia susut 0.1 peratus bulan ke bulan kepada 123.6 mata pada Disember 2025, disebabkan oleh kemerosotan indeks untuk minyak dan lemak haiwan dan sayuran (-1.3 peratus), pelbagai barangan keluaran kilang (-0.2 peratus) dan bahan kimia (-0.2 peratus), kata DOSM.

Selain, terma perdagangan Malaysia berkembang 4.9 peratus tahun ke tahun daripada 117.8 mata pada Disember tahun sebelumnya.

-- BERNAMA