BERITA TERKINI   Sebahagian besar kandungan melibatkan penipuan dan judi dalam talian disebarkan menerusi Facebook - Fahmi | 91 peratus kandungan media sosial minta diturunkan adalah berkaitan scam dan judi dalam talian - Fahmi | Raja Permaisuri Agong sempurnakan penamaan, pelancaran Kapal Misi Pesisir TLDM, Tunku Laksamana Abdul Jalil di Istanbul hari ini | Permohonan Dana Pemangkin Generasi MADANI bernilai RM5 juta dibuka 1 hingga 30 Jun ini bagi sokong penghasilan kandungan kreatif - Fahmi | 

Ringgit Mengukuh Kepada 3.9170 Berbanding Dolar AS Pada Rehat Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Ringgit mengukuh kepada 3.9170 berbanding dolar AS pada rehat tengah hari ini, meneruskan kenaikan daripada sesi sebelum ini didorong oleh keyakinan pasaran yang meningkat. 

Kali terakhir paras ini dicatatkan adalah pada 27 April 2018, mencerminkan kenaikan mata wang tempatan yang kukuh. 

Terdahulu, seorang ahli ekonomi berkata paras sokongan baharu untuk ringgit adalah pada RM3.8722, menunjukkan kesinambungan trend yang positif.

Pengukuhan mata wang itu sebahagian besarnya didorong oleh pembaharuan kewangan, pelarasan struktur dan penentukuran semula dasar, yang telah memacu pertumbuhan, meningkatkan keyakinan dan menarik aliran masuk modal.

Pada 8 pagi, ringgit diniagakan pada 3.9485/9500 berbanding dolar AS, mengukuh daripada 3.9500/9555 semasa ditutup pada Selasa.

-- BERNAMA