BERITA TERKINI   Liga Super: JDT 7-0 PDRM FC | MOT laksana larangan pemanduan kenderaan barangan dan logistik mulai 19, 20, 28 dan 29 Mac sempena Aidilfitri | Harga minyak mentah global kini melebihi US$100 setong, Kerajaan kekal RON95 bersubsidi RM1.99 seliter - Kementerian Kewangan | 

2,554 Fail Pusaka Bernilai Kecil Diselesaikan Amanah Raya Pada 2025 - Kementerian Kewangan

KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- Sebanyak 2,554 fail melibatkan pusaka bernilai RM3,000 dan ke bawah telah diselesaikan oleh Amanah Raya Bhd sepanjang tempoh Januari hingga Disember 2025.

Kementerian Kewangan menerusi jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen berkata Amanah Raya mengenakan struktur caj secara berperingkat dan berpatutan.

“Ini berdasarkan nilai harta pusaka yang diuruskan, dengan penekanan kepada kadar fi yang rendah khususnya bagi kes melibatkan harta pusaka bernilai kecil.

“Bagi harta pusaka bernilai RM3,000 dan ke bawah, kadar fi minimum RM50 sahaja dikenakan,” katanya.

Kementerian itu berkata ia akan terus memantau, menyokong dan memperkukuh peranan AmanahRaya melalui penambahbaikan tadbir urus, pendigitalan perkhidmatan, struktur caj yang munasabah, serta kerjasama antara agensi.

Hal ini bagi memastikan pengurusan harta pusaka yang cekap, perlindungan hak waris, dan pengurangan isu harta tidak dituntut dapat dilaksanakan secara menyeluruh dan berterusan, katanya.

-- BERNAMA