BERITA TERKINI   Unit ITMAX System memperoleh Perubahan Kerja (VO) bernilai RM603.5 juta daripada Majlis Bandaraya Johor Bahru bagi meningkatkan keupayaan bandar pintar generasi baharu | Harga runcit RON95 & RON97 turun 25 sen, diesel Semenanjung turun 75 sen bagi 16-22 April - MOF | Unit Tuju Setia peroleh kontrak kerja-kerja pembinaan daripada Sime Darby Property bernilai RM359.3 juta | 80 warga asing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Tawau atas pertuduhan terbabit penipuan dalam talian pada 7 April | Lawatan kerja Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah ke premis KL-Kepong Oleomas di Selangor Sabtu ini tinjau proses pengadunan biodiesel - Fahmi Fadzil | 

Unit Steel Hawk Peroleh Empat Kontrak Bernilai RM41.3 Juta Bagi Kerja Berkaitan TNB

KUALA LUMPUR, 30 Jan (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Steel Hawk Bhd, Steel Hawk Engineering Sdn Bhd (SHESB), memperoleh empat kontrak bernilai RM41.3 juta keseluruhannya bagi kerja-kerja infrastruktur elektrik berkaitan dengan Tenaga Nasional Bhd (TNB).

Kerja-kerja itu merangkumi pemasangan kabel bawah tanah serta pembinaan dan naik taraf pencawang di Perak dan Pahang.

Steel Hawk menjelaskan SHESB menerima surat lantikan semalam, bertarikh 28 Jan, 2026, daripada Ibrahim & Sons Engineering Sdn Bhd (IBSE).

“Kontrak-kontrak ini dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan Steel Hawk Group bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2026,” menurutnya dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Jumaat.

Kontrak itu melibatkan dua projek bagi pemasangan kabel aluminium XLPE bawah tanah 33 kilovolt (kV) dan 11kV beserta aksesori.

Dua projek lagi melibatkan pembinaan pencawang utama dan bangunan berkaitan untuk TNB, dengan tempoh pelaksanaan antara kira-kira sembilan bulan hingga dua tahun.

Steel Hawk menjelaskan semua kontrak itu dijangka tidak mendedahkan syarikat kepada sebarang risiko baharu yang ketara.

Tiada pengarah atau pemegang saham utama atau individu yang berkaitan dengan mereka, mempunyai sebarang kepentingan langsung atau tidak langsung dalam kontrak tersebut, jelasnya.

“Lembaga pengarah syarikat berpendapat kontrak-kontrak ini adalah urusan perniagaan lazim dan demi kepentingan terbaik syarikat,” tambahnya.

-- BERNAMA