BERITA TERKINI   KWAP umum pelantikan Datuk Jay Khairil Jeremy Abdullah sebagai Ketua Pegawai Eksekutif berkuat kuasa 20 Mei 2026 |  Malaysia mahu OEM bekerjasama dengan vendor tempatan untuk meningkatkan seluruh rantaian nilai dan ekosistem melalui dasar EV baharu - Sim Tze Tzin  | 13 Ahli Dewan Negara termasuk enam lantikan baharu angkat sumpah sebagai senator hari ini | Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar dan Datuk Norliza Tajudin mengaku tidak bersalah pecah amanah RM10.55 juta | Bekas PM Thailand Thaksin Shinawatra dibebaskan dari penjara secara parol pada pagi Isnin. | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Walaupun Pasaran Emas Comex Alami Kenaikan

KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Selasa, walaupun pasaran emas di Bursa Komoditi New York (Comex) mencatatkan kenaikan.

Peniaga berkata pengumuman Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengenai pelantikan Kevin Warsh untuk menggantikan Jerome Powell sebagai Pengerusi Rizab Persekutuan AS pada Mei telah mencetuskan jualan sederhana, sekali gus mempengaruhi sentimen pasaran.

Pada akhir dagangan, Februari 2026 susut kepada US$4,908.6 bagi setiap auns troy daripada US$5,062.60; Mac 2026 turun kepada US$4,926.1 seauns troy daripada US$5,080.90; April 2026 menguncup kepada US$4,942.9 bagi setiap auns troy daripada US$5,097.70 pada Jumaat lepas.

Mei 2026 berada pada US$4,942.9 bagi setiap auns troy; Jun dan Ogos 2026 masing-masing turun kepada US$4,942.9 seauns troy daripada US$5,097.70.

Jumlah dagangan merosot kepada 48 lot daripada 137 lot pada Jumaat lepas manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 139 kontrak daripada 91 kontrak.

Harga emas fizikal ditetapkan pada US$4,714.75 bagi setiap auns troy semasa penetapan pada petang oleh Persatuan Pasaran Jongkong London pada 2 Feb, 2026.

Pasaran tidak beroperasi pada Isnin sempena hari kelepasan am gantian susulan pertindihan sambutan Hari Wilayah Persekutuan dan Thaipusam pada Ahad 1 Feb, 2026.

-- BERNAMA