BERITA TERKINI   Kejuaraan Kelab ASEAN 2025/2026: Nanm Dinh FC 1-1 JDT | Penularan penyakit Tibi libatkan murid sekolah di Kota Tinggi terkawal, tiada arahan penutupan sekolah setakat ini - Exco Pendidikan Johor | Enam murid sekolah di Kota Tinggi disahkan menghidap Tuberkulosis (Tibi) hasil saringan kontak rapat. - Exco Pendidikan Johor | 

Unit Binastra Peroleh Kontrak Pembangunan Pusat Data RM503 Juta Di Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Binastra Corporation Bhd, Binastra Builders Sdn Bhd, memperoleh kontrak bernilai RM503 juta daripada Exsim Sri Permai Sdn Bhd bagi cadangan pembangunan sebuah pusat data di Jalan Sri Permaisuri, Kuala Lumpur.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat hartanah itu memaklumkan kontrak berkenaan meliputi reka bentuk, pembinaan, penyiapan, pengujian dan pentauliahan, selain penyelenggaraan serta jaminan secara konsep siap guna bagi kerja-kerja asas, substruktur, bangunan utama dan infrastruktur untuk pembangunan yang dicadangkan itu.

Kontrak tersebut akan bermula pada 19 Feb 2026 dan dijangka siap dalam tempoh 20 bulan.

Ia juga dijangka menyumbang aliran pendapatan tambahan kepada kumpulan itu bagi tempoh dua tahun kewangan akan datang.

-- BERNAMA