BERITA TERKINI   Inflasi Malaysia meningkat 2.0 peratus pada Mei 2026 - DOSM | Lebihan dagangan meningkat kepada RM40.4 bilion pada Mei 2026, sekali gus mencatat lebihan selama 73 bulan berturut-turut sejak Mei 2020 - DOSM | Eksport Malaysia tumbuh 45.3 peratus kepada RM184.0 bilion, import naik 14.1 peratus kepada RM143.6 bilion pada Mei 2026 - DOSM | Jumlah perdagangan Malaysia meningkat 29.8 peratus kepada RM327.6 bilion pada Mei 2026, didorong pertumbuhan eksport lebih kukuh - DOSM | DBKL peruntuk RM200 juta di bawah Program Lestari Niaga bangunkan semula 287 lokasi gerai penjaja di ibu negara - Hannah | 

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Berikutan Stok Dijangka Rendah

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Rabu, disokong oleh jangkaan inventori yang rendah dan permintaan eksport yang kukuh, kata peniaga.

Peniaga proprietari Iceberg X Sdn Bhd David Ng berkata minat belian telah menerima rangsangan daripada eksport yang dijangka meningkat dalam tempoh beberapa minggu akan datang.

“Kami mendapati paras sokongan MSM adalah melebihi RM4,200 manakala paras rintangan pada RM4,350,” katanya kepada Bernama.

Pada akhir dagangan, kontrak Februari 2026 meningkat RM1 kepada RM4,141 satu tan manakala Mac 2026 naik RM2 kepada RM4,197. Kontrak April 2026 dan Jun pula masing-masing meningkat RM10 kepada RM4,225 dan RM4,214.

Kontrak Mei 2026 meningkat RM8 kepada RM4,225 satu tan manakala Julai 2026 menokok RM14 kepada RM4,199.

Jumlah dagangan menambah kepada 74,924 lot daripada 58,671 lot pada Selasa manakala kepentingan terbuka susut kepada 217,779 kontrak daripada 219,350 sebelumnya.

Harga MSM fizikal bagi Februari Selatan susut RM10 kepada RM4,180 satu tan.

-- BERNAMA