BERITA TERKINI   Kabinet bersetuju memberi diskaun tol 50 peratus daripada kadar biasa sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2026 - Menteri Kerja Raya | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Lebih Rendah

KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini. 

Pada penutup, kontrak Februari 2026 dan Mac 2026 masing-masing susut 3.5 mata kepada 1,732.50 dan 1,711.0, kontrak Jun 2026 berkurang 3.0 mata kepada 1,715.0, dan kontrak September 2026 merosot 1.0 mata kepada 1,704.50.

Jumlah dagangan menyusut kepada 7,105 lot daripada 7,257 lot pada Khamis, manakala kepentingan terbuka mengukuh kepada 2,726 kontrak daripada 42,628 kontrak sebelumnya. 

Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 1.81 mata atau 0.11 peratus kepada 1,732.83 berbanding 1,731.02 ketika ditutup semalam. 

-- BERNAMA