BERITA TERKINI   Seorang pemandu van mengaku tidak bersalah atas tuduhan memandu melulu hingga menyebabkan kematian seorang kanak-kanak perempuan di Batu Pahat Selasa lepas | PM Anwar tiba untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-48 yang diadakan di Cebu, Filipina | Inspace Creation Bhd mula disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 26.5 sen, premium 1.5 sen berbanding harga IPO sebanyak 25 sen, dengan 27.73 juta saham diniagakan | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini.

Pada penutupan, kontrak Februari 2026 meningkat tiga mata kepada 1,754.50, manakala Mac 2026, Jun 2026 dan September 2026 masing-masing naik tiga mata kepada 1,733.5, 1,738.5 serta 1,722.5.

Jumlah dagangan lebih rendah pada 7,515 lot berbanding 8,574 lot yang dicatatkan pada Rabu, manakala kepentingan terbuka susut kepada 42,200 kontrak daripada 43,707 kontrak.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menurun sebanyak 5.54 mata kepada 1,750.85 daripada 1,756.39 semalam.

-- BERNAMA