BERITA TERKINI   PM Anwar umum peruntukan tambahan RM20 juta bagi pembaikan dan naik taraf SMJKC seluruh negara ikut keperluan | Pendidikan kekeluargaan perlu diperkasa sebagai asas pembinaan negara - PM Anwar | Dasar Kasih Keluarga Negara pastikan keluarga Malaysia terus kukuh, berdaya tahan hadapi cabaran masa depan - Nancy | 

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka rendah pada Jumaat.

Pada 9.35 pagi, kontrak Februari 2026 merosot 7.0 mata kepada 1,747.5, Mac 2026 berkurangan 9.0 mata kepada 1,724.5, Jun 2026 menurun 10.0 mata kepada 1,728.0 dan September 2026 menyusut 8.5 mata kepada 1,717.0.

Jumlah dagangan sebanyak 1,528 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 38,942 kontrak.

Pada 9.53 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 4.28 mata kepada 1,746.57 selepas dibuka rendah 2.96 mata kepada 1,747.89 daripada 1,750.85 semasa ditutup pada Khamis.

-- BERNAMA