BERITA TERKINI   KPDN perluas Bazar Ramadan RAHMAH ke 116 lokasi di seluruh negara- Fuziah Salleh | PM Anwar minta RUU had tempoh jawatan PM kepada dua penggal diluluskan segera di Parlimen | 

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Tinggi Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka tinggi pada Isnin, menjejaki kenaikan dalam kadar asas pasaran tunai.

Pada 9.17 pagi, kontrak Februari 2026 dan Jun 2026, kedua-duanya naik 11 mata masing-masing naik kepada 1,751.50 dan 1,736.0, manakala Mac 2026 dan September 2026 meningkat 10.5 mata, masing-masing kepada 1,731.0 dan 1,723.0.

Jumlah dagangan sebanyak 1,493 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 38,952 kontrak.

FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) melonjak 6.97 mata kepada 1,748.23 selepas 35 minit dagangan daripada 1,741.26 semasa ditutup pada Isnin.

-- BERNAMA