BERITA TERKINI   Kerjasama itu membuka ruang penglibatan lebih strategik pada masa depan termasuk penerokaan potensi besar sektor gas asli Turkmenistan, antara pemilik rizab gas terbesar dunia - PMO | PM Anwar, Presiden Turkmenistan Serdar Berdimuhamedov hari ini saksikan pemeteraian kerjasama strategik antara Petronas dan pihak berkuasa Turkmenistan - PMO | Pencapaian ini hadir sempena 30 tahun kerjasama Malaysia, Turkmenistan dalam sektor tenaga, yang menjadi antara tonggak penting hubungan dua hala kedua-dua negara - PMO | Kerjasama strategik antara Petronas, pihak berkuasa Turkmenistan buka lembaran baharu dalam hubungan ekonomi dan tenaga antara Malaysia dan Turkmenistan - PMO | Ahli Gabungan Kelab Media Malaysia (GKMM) negeri terima sumbangan RM10,000, GKMM terima RM30,000 - Fahmi | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Rendah

KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives menyusut pada Khamis, menjejaki niaga hadapan emas Bursa Komoditi New York (Comex) yang lebih lemah. 

Pada penutup, kontrak semerta bulan Februari 2026 merosot kepada US$5,011.90 setiap auns troy daripada US$5,021.90 setiap auns troy pada Isnin. 

Mac berkurang kepada US$5,028.90 setiap auns troy daripada US$5,038.90 setiap auns troy, manakala kedua-dua April dan Mei susut kepada US$5,046.60 setiap auns troy daripada US$5,056.50 setiap auns troy. 

Kontrak Jun dan Ogos juga lebih rendah, ditutup pada US$5,080.50 setiap auns troy, berkurang daripada US$5,090.40 setiap auns troy. 

Jumlah dagangan merosot kepada enam lot berbanding 10 lot pada Isnin, dan kepentingan terbuka turun kepada 83 kontrak daripada 98 kontrak sebelumnya. 

Harga emas fizikal ditetapkan pada US$5,003.30 setiap auns troy pada penetapan London Bullion Market Association pada 18 Feb, 2026. 

Bursa Malaysia Bhd dan anak syarikatnya ditutup pada 17 Feb, 2026 (Selasa) dan 18 Feb, 2026 (Rabu) bersempena cuti umum Tahun Baharu Cina.

-- BERNAMA