BERITA TERKINI   Pengeluaran getah asli susut 24.1 peratus bulan ke bulan kepada 21,705 tan pada Februari 2026 daripada 28,579 tan pada Januari 2026, turunĀ 39.7 peratus tahun ke tahun daripada 36,005 tan pada Februari 2025 - Jabatan Perangkaan | PDRM perlu perhalusi cara kerja, penugasan anggota di stesen minyak di sempadan negara - Saifuddin Nasution | APMM gagalkan cubaan seludup keluar 20kg syabu bernilai RM1 juta ke negara jiran di pantai Batu Layar dekat Kota Tinggi 8 April lepas -- Pemangku Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili | 

SC Sedang Muktamad Rangka Kerja Skop, Kehendak Pelesenan Skim Amanah Tunai - MOF

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) sedang memuktamadkan rangka kerja bagi menjelaskan skop dan kehendak pelesenan bagi aktiviti skim amanah tunai yang melibatkan pelaburan dalam produk pasaran modal, kata Kementerian Kewangan (MOF).

MOF berkata rangka kerja ini akan memastikan pelaksanaan rangka kerja yang lebih jelas dan berkesan bagi mengawal selia aktiviti skim Amanah Tunai yang melibatkan produk pasaran modal.

“Rangka kerja berkaitan Amanah Tunai ini akan diperkenalkan dalam masa terdekat,” kementerian itu berkata melalui jawapan bertulis Dewan Rakyat yang disiarkan dalam laman sesawang Parlimen hari ini.

Kementerian itu menjawab soalan Lim Lip Eng (PH-Kepong) yang ingin tahu mengenai isu Amanah Tunai yang didakwa gagal melunaskan pembayaran sehingga mengakibatkan kerugian besar kepada mangsa.

Pada masa yang sama, kementerian itu berkata SC sedang menjalankan siasatan ke atas beberapa lagi syarikat amanah yang disyaki menjalankan aktiviti terkawal pasaran modal tanpa lesen.

Bagaimanapun, katanya, butiran berkenaan tidak dapat didedahkan memandangkan kes ini sedang di dalam siasatan, tambahnya.

Berkuat kuasa 1 Jan, 2026, melalui pindaan Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA), SC mempunyai kuasa untuk menentukan jenis syarikat amanah dan aktiviti terkawal yang tidak memerlukan lesen daripada agensi berkenaan.

-- BERNAMA