BERITA TERKINI   Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan ke atas Iran dan serangan balas terhadap beberapa negara di Timur Tengah - Kementerian Luar | Kes tembak Komander AKPS: KDN siasat pelbagai sudut termasuk kebarangkalian wujud elemen jenayah terancang, motif dendam - Saifuddin Nasution | Scoot batal penerbangan Singapura-Jeddah-Singapura yang dijadualkan pada 28 Feb - SIA | Pusat khidmat yang bergabung dengan Armada ke-5 AS di Bahrain diserang peluru berpandu - Agensi Berita Bahrain | Malaysia kecam sekeras-kerasnya serangan rejim Zionis ke atas Iran, gesa rundingan diadakan - Menteri Luar Mohamad Hasan | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Diniagakan Mendatar Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan mendatar minggu depan berikutan pasaran mengambil kira musim pelaporan pendapatan korporat yang terkini dan ketidaktentuan sektor teknologi global.

Dalam sentimen berhati-hati ini, Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng memberitahu Bernama bahawa mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia yang dijadualkan pada 5 Mac akan menjadi pemangkin domestik utama dengan Kadar Dasar Semalaman (OPR) dijangka kekal pada 2.75 peratus.

Pada asas Jumaat kepada Jumaat, Februari 2026 merosot 30 mata kepada 1,716.0, Mac 2026 berkurangan 33.5 mata kepada 1,693.0, Jun 2026 menurun 34.5 mata kepada 1,697.0 dan September 2026 menyusut 38.5 mata kepada 1,681.0.

Jumlah dagangan pada minggu ini melonjak kepada 186,274 lot daripada 20,360 lot minggu lepas manakala kepentingan terbuka naik kepada 55,274 kontrak daripada 49,706 kontrak sebelum ini.

FBM KLCI merosot 36.22 mata kepada 1,716.61 daripada 1,752.83 minggu lepas.

-- BERNAMA