BERITA TERKINI   Kesemua 1,936 pelajar Malaysia di Timur Tengah dilaporkan selamat susulan konflik geopolitik rantau berkenaan - Zambry | PM Anwar ucap takziah atas pemergian Naib Presiden keenam Indonesia Try Sutrisno | Penuntut lelaki itu akan didakwa di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan dan 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia - AGC | Kes pijak al-Quran: Penuntut sebuah universiti akan didakwa esok di mahkamah - AGC | 

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Isnin seiring dengan prestasi pasaran tunai yang perlahan.

Pada penutup dagangan, Mac 2026 turun 18 mata kepada 1,675.0, bulan kontrak baharu April 2026 berada pada 1,676.5, Jun 2026 menyusut 17 mata kepada 1,680.0 dan September 2026 berkurang 16 mata kepada 1,665.0.

Jumlah dagangan merosot kepada 11,401 lot daripada 14,610 lot pada Jumaat manakala kepentingan terbuka turun kepada 49,417 kontrak daripada 55,247 kontrak sebelumnya.

Pada 5 petang, FBM KLCI menguncup 16.40 mata atau 0.95 peratus kepada 1,700.21 daripada 1,716.61 ketika ditutup pada Jumaat.

-- BERNAMA