BERITA TERKINI   Pihak berkuasa harus mengutamakan dialog berbanding penahanan dan menyelesaikan pertikaian melalui Majlis Media Malaysia untuk menambah baik perundangan kewartawanan -Teo Nie Ching | Forum Media HAWANA penting, memberi ruang untuk mencorakkan masa depan kewartawanan - Teo Nie Ching | Tabung Kasih@HAWANA beri manfaat kepada 728 pengamal media, jumlah sumbangan sebanyak RM1.94 juta setakat 30 April 2026 - Teo Nie Ching | Cabaran dalam industri media hari ini memerlukan respons bersama melalui dialog, perkongsian dan komitmen kolektif - KPE Bernama | Kewartawanan terus memainkan peranan penting menyampaikan maklumat, menjelaskan isu dan memastikan institusi bertanggungjawab di tengah-tengah perubahan landskap media - KPE Bernama | 

Sabah Alu-alukan Lebih Banyak Kerjasama Dengan Petronas – Hajiji

KOTA KINABALU, 3 Mac (Bernama) -- Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor mengalu-alukan komitmen Petroliam Nasional Bhd (Petronas) untuk meneroka kerjasama yang selanjutnya bagi meningkatkan penyertaan negeri itu dalam industri minyak dan gas.

Hajiji berkata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz memberi taklimat dalam mesyuarat hari ini berhubung potensi perkongsian strategik dan status semasa operasi Petronas di Sabah.

“Petronas turut memaklumkan kepada kami mengenai usaha bantuan yang berterusan untuk menyokong kerajaan negeri dalam membantu komuniti yang terjejas akibat banjir baru-baru ini di Sabah,” kata ketua menteri itu dalam satu kenyataan selepas mengadakan mesyuarat dengan syarikat minyak dan gas negara itu di sini.

Delegasi Petronas turut disertai Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Perniagaan Gas dan Maritim Datuk Adif Zulkifli, Naib Presiden Kanan Pengurusan Petroleum Malaysia Datuk Bacho Pilong, Naib Presiden Perhubungan Strategik Kumpulan dan Komunikasi Norafizal Mat Saad dan pegawai kanan yang lain.

-- BERNAMA