BERITA TERKINI   Unit Kerjaya Prospek peroleh kontrak bernilai RM488.40 juta di Pulau Pinang | RUU Penjara (Pindaan) 2026 dibentang bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini | Malaysia berupaya menarik jumlah perdagangan baharu dan menstabilkan rantaian bekalan serantau berikutan trend global semasa memindahkan tumpuan strategik ke arah Selat Melaka - Loke | Malaysia perlu membina ekonomi maritim berteraskan pelabuhan, infrastruktur tenaga dan digital serta kerjasama serantau - Loke  | RM25.2 juta diperuntuk pasang 3,000 lampu solar LED di 32 lokasi berisiko seluruh negara, dijangka siap November ini - Nanta | 

BNM: Rizab Antarabangsa Berjumlah US$128.3 Bilion Setakat 27 Feb, 2026

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$128.3 bilion setakat 27 Feb, 2026.

Dalam satu kenyataan hari ini, bank pusat itu berkata paras rizab berkenaan adalah memadai untuk membiayai 4.7 bulan import barangan dan perkhidmatan serta 0.9 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

Katanya komponen utama ialah rizab mata wang asing (US$112.5 bilion), rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (US$1.3 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (US$6.0 bilion), emas (US$6.1 bilion) dan aset rizab lain (US$2.4 bilion).

Keseluruhan aset berjumlah RM606.44 bilion, terdiri daripada emas, aset kewangan asing dan rizab lain termasuk SDR (RM520.14 bilion), kertas Kerajaan Malaysia (RM13.41 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM28.73 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM1.66 bilion), hartanah dan peralatan (RM4.55 bilion) dan aset lain (RM37.93 bilion).

Dari segi liabiliti, BNM berkata mata wang dalam edaran berjumlah RM186.66 bilion, manakala deposit berjumlah RM177.74 bilion, termasuk deposit dengan institusi kewangan (RM102.78 bilion), deposit Kerajaan Persekutuan (RM5.38 bilion) dan lain-lain (RM69.58 bilion).

Modal bank pusat itu berjumlah RM100 juta, dengan rizab sebanyak RM202.83 bilion, di samping kertas Bank Negara (RM7.97 bilion), peruntukan SDR (RM26.83 bilion) dan liabiliti lain (RM4.29 bilion).

-- BERNAMA