BERITA TERKINI   KKM kaji pelaksanaan sistem 'e-MC', bendung sindiket sijil sakit palsu - Dzulkefly | Sebanyak 402 kes berkaitan vape dikesan mengandungi dadah sintetik berbahaya - Dzulkefly | Bekas Ketua Bernama Radio Allahyarham Azlan Idris diumum penerima Anugerah Khas HAWANA 2026 | Bekas Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Suhaimi Sulaiman diumum penerima Anugerah HAWANA 2026 | Peruntukan Dana Inovasi Media diteruskan, RM24.57 juta disalur kepada 72 syarikat setakat ini- PM Anwar | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Sejajar Dengan Pasaran Tunai Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 7 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka sejajar dengan pasaran tunai minggu depan, kata para peniaga.

Mereka berkata pelabur mungkin akan mengambil pendirian tunggu dan lihat mengenai konflik Timur Tengah yang sedang berlaku.

Pada asas Jumaat kepada Jumaat, kontrak Mac 2026 susut 2.5 mata kepada 1,690.5, bulan kontrak baharu April 2026 pada 1,693.0, manaka Jun 2026 merosot 3.5 mata kepada 1,693.5 dan September 2026 berkurangan empat mata kepada 1,677.0.

Jumlah dagangan pada minggu ini susut kepada 48,599 lot daripada 186,274 lot minggu lepas manakala kepentingan terbuka merosot kepada 41,869 kontrak daripada 55,274 kontrak sebelum ini.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, FBM KLCI menambah 1.45 mata kepada 1,718.06 daripada 1,716.61 sebelumnya.

-- BERNAMA