BERITA TERKINI   Pasaran tukaran asing tempatan terus mencatat purata jumlah dagangan harian kukuh US$21.4 bilion (purata 2025 : US$19.8 bilion) -- Jawatankuasa Pasaran Kewangan | Sentimen pelabur yang positif dan kekukuhan ringgit dijangka berterusan pada 2026 -- Jawatankuasa Pasaran Kewangan | Permintaan terhadap bon kerajaan kekal mantap dengan kadar hasil MGS yang kukuh, disokong oleh permintaan pelabur domestik dan bukan pemastautin - Jawatankuasa Pasaran Kewangan | Pasaran Malaysia menunjukkan daya tahan dalam persekitaran tempoh ketidaktentuan global ini namun tetap berwaspada terhadap risiko konflik yang berlarutan - Jawatankuasa Pasaran Kewangan | Ringgit ditutup rendah kepada 3.9240/9280 berbanding dolar AS daripada 3.9175/9230 pada Rabu | 

Pasaran Getah Kuala Lumpur Tidak Berubah Dalam Prestasi Serantau Bercampur-campur

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur kekal stabil hari ini dengan harapan perang Amerika Syarikat (AS)–Israel terhadap Iran akan berakhir tidak lama lagi, kata peniaga.

Beliau berkata sentimen pasaran turut disokong oleh data ekonomi China yang lebih kukuh daripada jangkaan.

“Bagaimanapun, kenaikan seterusnya dikekang oleh prestasi pasaran niaga hadapan getah serantau yang bercampur-campur dan petunjuk bekalan meningkat daripada negara pengeluar getah utama,” katanya kepada Bernama.

Presiden AS Donald Trump hari ini berkata operasi ketenteraan AS di Iran akan berakhir tidak lama lagi, mengurangkan kebimbangan mengenai gangguan bekalan minyak global yang berpanjangan.

Setakat ini, harga minyak mentah Brent merosot 7.19 peratus kepada US$91.79 setong.

“Selain itu, China memulakan 2026 dengan eksport jauh melebihi unjuran didorong oleh permintaan terhadap elektronik yang tinggi dan memastikan ekonomi berada di landasan untuk mengatasi lebihan dagangan sebanyak US$1.2 trilion tahun lepas,” katanya.

Beliau berkata niaga hadapan getah Jepun merosot pada Selasa berikutan harga minyak menurun dan jangkaan bekalan daripada pengeluar utama memberi impak kepada pasaran.

“Dilaporkan bahawa bekalan meningkat daripada pengeluar utama, dengan Indonesia dan Ivory Coast memasuki tempoh kemuncak menoreh dan mengutip hasil getah, menambah tekanan kepada pasaran,” katanya.

Pada 3 petang, harga Standard Malaysian Rubber (SMR) 20 dan susu getah pukal, masing-masing tidak berubah pada 793 sen sekilogram dan 656 sen sekilogram.

-- BERNAMA