BERITA TERKINI   Sultan Selangor titah rakyat bersabar tunggu pengumuman tarikh Aidilfitri, jangan percaya spekulasi - Istana Alam Shah | Konflik Asia Barat: PM Anwar minta KSN dan KPPA teliti cadangan penjawat awam bekerja daripada rumah - Fahmi  | Subsidi kerajaan naik kepada RM3.2 bilion daripada RM700 juta sebulan untuk petrol dan diesel - Amir Hamzah | Kerajaan berusaha memastikan bekalan bahan api berterusan selepas Mei - Amir Hamzah | Kabinet setuju stok beras negara ditambah sehingga tempoh sembilan bulan akan datang, pastikan bekalan mencukupi - Mohamad Sabu | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Selepas Harga Minyak Melonjak

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini selepas harga minyak mentah melonjak melepasi US$100, yang mendorong hasil pendek US dan dolar US menjadi lebih tinggi.

Rakan pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata harga emas kekal sangat sensitif terhadap hasil bon susulan permintaan yang lebih kukuh untuk dolar US dan kenaikan kadar faedah jangka pendek mengehadkan keuntungan logam itu walaupun wujud ketegangan geopolitik.

“Memandangkan minyak kemudiannya menjejaki semula kira-kira separuh daripada lonjakan itu, hasil berkurangan dan sentimen risiko stabil, membolehkan emas pulih dan didagangkan kembali hampir kepada penutupan Malaysia semalam,” katanya kepada Bernama.

Harga minyak mentah Brent meningkat 4.87 peratus kepada US$96.47 setong.

Sementara itu pada penutupan, kontrak bulan semerta Mac 2026 susut kepada US$5,192.30 setiap auns troy daripada US$5,199.70 pada hari Rabu, April 2026 turun pada US$5,211.10 setiap auns troy daripada US$5,218.50 dan Mei 2026 merosot kepada US$5,230.30 daripada US$5,237.70 semalam.

Kontrak Jun dan Ogos 2026 juga ditutup lebih rendah pada US$5,264.20 setiap auns troy berbanding US$5,271.60 sebelumnya.

Jumlah dagangan turun kepada enam lot daripada 13 lot, manakala kepentingan terbuka melemah kepada 76 kontrak berbanding 85 kontrak sebelum ini.

Pada penetapan tengah hari London Bullion Market Association 11 Mac 2026, harga emas fizikal ditetapkan pada US$5,182.40 setiap auns troy.

-- BERNAMA