BERITA TERKINI   Liga Super: PDRM FC 1-6 Negeri Sembilan FC | Perolehan Gamuda Bhd melonjak kepada RM4.30 bilion bagi suku kedua berakhir 31 Jan, 2026 daripada RM3.90 bilion bagi suku sama tahun kewangan 2025 | Untung bersih Gamuda Bhd bagi suku kedua berakhir 31 Jan, 2026 meningkat kepada RM229.52 juta daripada RM218.84 juta pada suku sama tahun kewangan 2025 | Kerajaan Persekutuan lulus peruntukan RM150 juta baik pulih Baraj Sungai Sarawak - PM Anwar | 

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini.

Pada penutupan, kontrak Mac 2026 susut 9.5 mata kepada 1,681, April 2026 jatuh sembilan mata kepada 1,683, Jun 2026 merosot 8.5 mata kepada 1,681.5 dan September 2026 melemah lapan mata kepada 1,666.

Jumlah dagangan meningkat kepada 8,216 lot berbanding 7,482 yang dicatatkan semalam, manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 39,328 kontrak daripada 39,328.

Pada 5 petang, FBM KLCI susut 12.16 mata kepada 1,698.85 daripada 1,711.01 ketika ditutup semalam.

-- BERNAMA