BERITA TERKINI   Kapasiti penerbangan domestik ditambah bagi tampung peningkatan permintaan sempena Hari Raya Aidilfitri - Loke | Isu curi kabel MRT: MOT cadang pada KDN pinda undang-undang sedia ada, hukuman lebih berat terhadap pesalah - Loke | Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen sasar muktamadkan penyata cadangan pemisahan jawatan Peguam Negara dan Pendakwa Raya menjelang pertengahan Mei - Azalina | Tiada pakej rangsangan ekonomi buat masa ini susulan konflik di Asia Barat - Amir Hamzah | Lebih RM7 bilion disalurkan bagi membiayai lebih 11,500 PMKS dan syarikat pemula niaga sejak 2019 - Pengerusi SC | 

Niaga Hadapan KLCI Dijangka Diniagakan Mendatar Minggu Depan

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan mendatar minggu depan susulan konflik yang berterusan di Asia Barat.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata memandangkan ketidaktentuan pasaran yang semakin meningkat, beliau menjangkakan indeks penanda aras itu didagangkan dalam lingkungan 1,690 hingga 1,730 minggu depan.

“Kami berpendapat selagi ia kekal di atas paras sokongan 1,690, struktur pasaran keseluruhan masih kekal positif,” katanya kepada Bernama.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, kontrak Mac 2026 susut 2.5 mata kepada 1,681.0, April 2026 turun 10.0 mata kepada 1,683.0, Jun 2026 merosot 12.0 mata kepada 1,681.5, manakala September 2026 menyusut 11.0 mata kepada 1,666.0.

Jumlah dagangan bagi minggu ini turun kepada 46,465 lot berbanding 48,599 lot pada minggu sebelumnya, manakala kepentingan terbuka susut kepada 40,472 kontrak daripada 41,869 kontrak sebelum ini.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, FBM KLCI susut 19.21 mata kepada 1,698.85 daripada 1,718.06 pada minggu sebelumnya.

-- BERNAMA