BERITA TERKINI   Ringgit meningkat kepada 3.9155/9200 berbanding dolar AS daripada 3.9260/9310 ketika ditutup pada Isnin | Cadangan Bekerja Dari Rumah buat masa ini tidak libatkan sektor kritikal seperti pendidikan dan kesihatan - Fahmi | Tiada paksaan untuk sektor swasta laksanakan BDR -- Fahmi | Sambutan Hari TVET Negara diadakan 5 hingga 7 Jun 2026 di Dataran Putrajaya - Fahmi | PM Anwar ulangi seruan agar rakyat berbelanja secara berhemah meraikan Syawal  | 

Advancecon Lantik Bekas Ketua Polis Negara Razarudin Husain Sebagai Pengerusi

KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) -- Advancecon Holdings Bhd (Advancecon) melantik bekas Ketua Polis Negara ke-14, Tan Sri Razarudin Husain sebagai Pengerusinya bagi menggantikan Yeoh Chong Keat berkuatkuasa hari ini. 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Advancecon berkata Yeoh meletakkan jawatan bagi memberi tumpuan kepada minat peribadi. 

“Razarudin membawa bersamanya pengalaman hampir empat dekad perkhidmatan dalam keselamatan negara dan penguatkuasaan undang-undang.

“Pengalaman luas beliau dalam kepimpinan negara, tadbir urus institusi dan pengawasan strategik dijangka membawa perspektif berharga kepada lembaga pengarah Advancecon ketika kumpulan itu terus memperkukuh rangka kerja tadbir urus korporat dan pengurusan risikonya,” kata penyedia perkhidmatan kerja tanah dan kejuruteraan awam itu.  

Yang turut menyertai lembaga pengarah sebagai Pengarah Bebas ialah bekas Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Loo Took Gee dan profesional kewangan berpengalaman Wee Chuen Lii. 

Mengulas mengenai pelantikan itu, Pengarah Urusan Advancecon Pengarah Urusan Phum Boon Eng berkata gabungan pengalaman ketiga-tiga mereka yang merentasi kepimpinan negara, dasar awam, tadbir urus tenaga dan kewangan korporat akan mengukuhkan kedalaman serta kepelbagaian kepakaran dalam lembaga pengarah syarikat dengan ketara. 

“Kami percaya pelantikan itu akan terus mengukuhkan lagi asas kepimpinan kumpulan, dalam usaha kami mencapai pertumbuhan mampan dan penciptaan nilai jangka panjang,” katanya. 

-- BERNAMA