BERITA TERKINI   MOT laksana larangan pemanduan kenderaan barangan dan logistik mulai 19, 20, 28 dan 29 Mac sempena Aidilfitri | Harga minyak mentah global kini melebihi US$100 setong, Kerajaan kekal RON95 bersubsidi RM1.99 seliter - Kementerian Kewangan | Gas Malaysia akan bangunkan terminal LNG Yan selepas kelulusan Suruhanjaya Tenaga | Ringgit meningkat kepada 3.9145/9205 berbanding dolar AS semasa ditutup hari ini, daripada 3.9155/9200 pada Selasa | Kehadiran dua kapal Tentera Laut Amerika Syarikat di Pulau Pinang adalah persinggahan sementara bagi urusan logistik- Khaled Nordin | 

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Lebih Tinggi

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini, selari dengan kenaikan indeks saham sebenar di pasaran tunai Bursa Malaysia.

Pada penutupan, kontrak Mac 2026 meningkat 26.5 mata kepada 1,713.0, April 2026 naik 25.5 mata kepada 1,713.50, Jun 2026 bertambah 24.5 mata kepada 1,711.50, dan September 2026 meningkat 23.5 mata kepada 1,691.50.

Jumlah dagangan meningkat kepada 7,463 lot berbanding 4,877 lot pada Isnin, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 40,728 kontrak daripada 38,539 kontrak sebelum ini.

Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 14.43 mata atau 0.85 peratus kepada 1,710.99 berbanding penutupan semalam pada 1,696.56.

-- BERNAMA