BERITA TERKINI   Untung bersih Yinson Holdings Bhd bagi tahun kewangan berakhir 31 Jan 2026 susut kepada RM683 juta daripada RM1.24 bilion pada tahun kewangan 2025 | Dua maut, empat cedera dalam kemalangan babit dua kenderaan di simpang Felda Sungai Ara dekat Kota Tinggi - bomba | Inflasi Malaysia berada pada 1.4 peratus pada Februari 2026, mata indeks naik kepada 136.0 daripada 134.1 pada bulan sama tahun sebelumnya - Jabatan Perangkaan | Perdagangan Malaysia meningkat 9.5 peratus kepada RM245.2 bilion pada Februari 2026, disokong oleh pengembangan berterusan dalam eksport dan import - Jabatan Perangkaan | Sabotaj Negara: PDRM akan rakam keterangan 14 lagi individu bagi lengkapkan kertas siasatan - KPN | 

Hextar Capital Raih Subkontrak Projek Kem Kabota Di Sabah Bernilai RM75.9 Juta

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Hextar Capital Bhd, melalui anak syarikatnya, Legacy Core Sdn Bhd, meraih subkontrak bagi Projek Kem Kabota di Tawau, Sabah dengan nilai kontrak RM75.9 juta.

Dalam satu makluman di Bursa Malaysia, Hextar berkata subkontrak itu akan merangkumi kerja-kerja geoteknikal dan tanah, pembinaan laluan berturap, infrastruktur dan kerja pembinaan berkaitan projek berkenaan.

Pengarah Urusannya Johnson Chang berkata kontrak itu menandakan kemajuan strategik bagi kumpulan ketika ia mempercepatkan kehadirannya di Malaysia Timur.

“Meraih projek utama ini merupakan langkah penting dalam mewujudkan kehadiran operasi yang lebih kukuh di Sabah.

“Memandangkan Sabah terus mengutamakan pembangunan infrastruktur dan pertumbuhan bandar, projek ini meletakkan Hextar dalam kedudukan yang baik untuk menyertai dengan lebih aktif bagi projek pembinaan yang sedang berkembang di negeri itu,” katanya.

Projek itu akan bermula serta-merta, dengan tempoh 12 bulan dan disasarkan siap menjelang 31 Mac, 2027.

Hextar merupakan sebuah kumpulan perniagaan yang pelbagai, terlibat dalam pembuatan, perkhidmatan kejuruteraan, infrastruktur telekomunikasi, penjanaan tenaga, pembinaan dan pengurusan projek.

-- BERNAMA