Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah, Dipengaruhi Harga Minyak Kacang Soya
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Selasa, dipengaruhi oleh kelemahan harga minyak kacang soya, kata peniaga.
Pedagang proprietari Iceberg X Sdn Bhd David Ng berkata penurunan harga minyak kacang soya memberi tekanan kepada minyak sawit kerana kedua-dua komoditi itu bersaing dalam pasaran minyak makan global.
“Kami mendapati harga MSM disokong pada paras melebihi RM4,500 satu tan manakala rintangan pada RM4,680 setan,” katanya kepada Bernama.
Pada akhir dagangan, kontrak bagi serahan April 2026 susut RM77 kepada RM4,503 satu tan, Mei 2026 turun RM77 kepada RM4,542 satu tan dan Jun 2026 merosot RM74 kepada RM4,537 satu tan.
Julai 2026 kurang RM68 kepada RM4,512 satu tan, Ogos 2026 menguncup RM60 kepada RM4,482 satu tan serta September 2026 susut RM53 kepada RM4,451 satu tan.
Jumlah dagangan merosot kepada 65,523 lot daripada 136,763 lot pada Khamis lepas manakala kepentingan terbuka susut kepada 233,457 kontrak daripada 237,306 kontrak.
Harga MSM fizikal bagi April Selatan turun RM60 kepada RM4,540 satu tan.
-- BERNAMA