BERITA TERKINI   RUU Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (Pindaan) 2026 dibentang bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat | 1,059 kemalangan pendakian dengan 63 kes kematian direkodkan bagi tempoh 2021-2025 - Syed Ibrahim | RUU Persaingan (Pindaan) 2026 dan RUU Suruhanjaya Persaingan (Pindaan) 2026 dibentang bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat | Unit Kerjaya Prospek peroleh kontrak bernilai RM488.40 juta di Pulau Pinang | RUU Penjara (Pindaan) 2026 dibentang bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini | 

Daniel Doughty Dipilih Semula Sebagai Pengerusi CILTM Sabah

Oleh Jailani Hasan

LABUAN, 28 Mac (Bernama) -- Daniel Doughty dipilih semula sebagai Pengerusi Institut Logistik dan Pengangkutan Berkanun Malaysia (CILTM) Cawangan Sabah pada mesyuarat agung tahunan (AGM) 2025, mencerminkan keyakinan berterusan terhadap kepimpinannya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Mohd Faizal Malik turut mengekalkan jawatannya.

Mesyuarat agung yang diadakan di Kota Kinabalu itu turut mengesahkan pelantikan Azrahwani E. Sabin sebagai setiausaha dan Karen Rachel Sugai sebagai bendahari, bersama ahli jawatankuasa eksekutif Rose Wong, Oscar Gilbert George Francis dan Shahrul Safwan Najwan Faisyal.

Timbalan Presiden CILT Malaysia, Zawiah Abdul Majid turut hadir pada AGM berkenaan.

Zawiah berkata CILTM Sabah aktif berinteraksi dengan pihak berkepentingan serta menyumbang kepada perbincangan mengenai pembangunan logistik dan pengangkutan di negeri ini, termasuk memperjuangkan penyelarasan yang lebih baik dalam kerangka pengangkutan Sabah.

Cawangan Sabah katanya,  turut memainkan peranan dalam memperkukuh penglibatan industri dan wacana dasar.

“CILTM Sabah menunjukkan kerelevanan serta penglibatan konsisten dalam isu industri, sekali gus menyumbang kepada perkembangan berterusan dalam sektor pengangkutan,” kata beliau.

-- BERNAMA