Niaga Hadapan KLCI Ditutup Rendah
KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini seiring dengan prestasi pasaran tunai pendasar.
Pada penutup dagangan, kontrak Mac 2026 dan September 2026 masing-masing susut 23.5 mata kepada 1,685.5 dan 1,668.0.
Kontrak April 2026 turun 22.0 mata kepada 1,689.0 manakala kontrak Jun 2026 menyusut 21.0 mata kepada 1,686.0.
Jumlah dagangan merosot kepada 23,780 lot daripada 66,127 lot pada Jumaat lepas manakala kepentingan terbuka susut kepada 56,980 kontrak daripada 102,348 kontrak sebelumnya.
Pada 5 petang, FBM KLCI turun sebanyak 24.75 mata atau 1.44 peratus kepada 1,687.90 daripada 1,712.65 ketika ditutup pada Jumaat lepas.
-- BERNAMA