BERITA TERKINI   Pada 6 petang, ringgit hampir mendatar berbanding dolar AS kepada 4.0275/0320 daripada 4.0245/0320 semasa ditutup pada Isnin | Majlis Tindakan Ekonomi Negara teliti pelbagaikan sumber bahan api, perkukuh kerjasama dagang dan jamin input pengeluaran - Akmal Nasrullah | Krisis Tenaga Global: Special Access Pathway dilaksanakan, pastikan akses keperluan kesihatan kritikal - Akmal Nasrullah | Krisis Tenaga Global turut menjejaskan bekalan ubat dan peranti perubatan - Akmal Nasrullah | FELDA dan FGV Holdings perkenal B100, biodiesel berasaskan 100 peratus minyak sawit yang berpotensi jadi sumber tenaga alternatif - Pengerusi FELDA | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Seiring Prestasi COMEX

KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives mengakhiri dagangan hari ini dengan lebih tinggi, menjejaki prestasi pasaran emas COMEX Amerika Syarikat.

Pada penutup urus niaga, kontrak bulan semasa April 2026 meningkat kepada US$4,742.80 setiap auns troy daripada US$4,589.7 setiap auns troy semalam manakala kontrak Mei 2026 naik kepada US$4,762.10 setiap auns troy daripada US$4,609.0 setiap auns troy sebelum ini.

Selain itu, kontrak Jun, Julai dan Ogos 2026 masing-masing juga ditutup tinggi pada US$4,782.40 setiap auns troy daripada US$4,642.9 setiap auns troy.

Jumlah dagangan susut kepada 10 lot daripada 22 lot semalam manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 55 kontrak daripada 46 kontrak.

Emas fizikal ditetapkan pada US$4,608.35 setiap auns troy mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 31 Mac, 2026. 

-- BERNAMA