BERITA TERKINI   PM Anwar lulus peruntukan segera RM1 juta untuk kerja baik pulih kritikal di kuarters PDRM Johor | Geran tahunan Kawasan Rukun Tetangga seluruh negara dinaikkan kepada RM10,000 daripada RM6,000 - PM Anwar | Peruntukan segera RM3.205 juta bagi pelaksanaan 16 projek baik pulih infrastruktur asas institusi pendidikan Islam di Johor. - PM Anwar | Pada 6 petang, ringgit naik kepada 4.1355/1400 berbanding dolar AS daripada 4.1380/1430 ketika ditutup pada Selasa | PRN Johor: Bekas MB Johor Datuk Seri Hasni Mohammad tidak pertahan kerusi DUN Benut | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Diniagakan Dalam Jajaran Kecil Minggu Depan

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan, mencerminkan sentimen berhati-hati dalam pasaran tunai pendasar.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata ketidaktentuan pasaran dijangka berterusan apabila pelabur terus memantau perkembangan geopolitik dan pergerakan harga minyak mentah.

“Dengan ketiadaan pemangkin yang jelas, dagangan berkemungkinan kekal selektif dengan keutamaan diberikan kepada sektor defensif dan yang berkaitan komoditi,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata paras sokongan segera dilihat sekitar 1,680 manakala paras rintangan berhampiran 1,730, ketika pasaran mengalami pengukuhan sambil menunggu hala tuju yang lebih jelas daripada petunjuk global.

Pada asas Jumaat kepada Jumaat, kontrak April 2026 dan September 2026 masing-masing susut 11.0 mata kepada 1,700.0 dan 1,680.5.

Kontrak Mei 2026 berada pada paras 1,701.0, manakala Jun 2026 susut 8.5 mata kepada 1,698.5.

Jumlah dagangan mingguan susut kepada 54,581 lot berbanding 168,213 lot pada minggu sebelumnya, manakala kepentingan terbuka merosot kepada 35,688 kontrak pada Jumaat daripada 102,348 kontrak seminggu sebelumnya.

Bagi asas Jumaat kepada Jumaat, FBM KLCI susut 17.15 mata kepada 1,695.50 daripada 1,712.65 pada minggu sebelumnya.

-- BERNAMA