BERITA TERKINI   Piala Malaysia: JDT 4-1 KL City FC | Dakwaan permohonan tambahan subsidi BUDI95 tidak benar dan tidak berasas, had 200 liter sebulan kekal - MOF | Pada 6 petang, ringgit hampir mendatar berbanding dolar AS kepada 4.0275/0320 daripada 4.0245/0320 semasa ditutup pada Isnin | 

Niaga Hadapan KLCI Rendah Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka rendah di Bursa Malaysia Derivatives pada Selasa.

Pada 9.41 pagi, kontrak April 2026 dan September 2026 masing-masing susut 2.5 mata kepada 1,684.5 dan 1,666.5, manakala kontrak Mei dan Jun 2026 masing-masing turun 1.0 mata kepada 1,688.0 dan 1,689.0.

Jumlah dagangan berjumlah 1,177 lot, manakala kepentingan terbuka sebanyak 34,262 kontrak.

Selepas 41 minit dagangan, FBM KLCI meningkat 0.37 mata kepada 1,681.20 daripada paras 1,680.83 ketika ditutup pada Isnin. 

-- BERNAMA