BERITA TERKINI   Kerjasama itu membuka ruang penglibatan lebih strategik pada masa depan termasuk penerokaan potensi besar sektor gas asli Turkmenistan, antara pemilik rizab gas terbesar dunia - PMO | PM Anwar, Presiden Turkmenistan Serdar Berdimuhamedov hari ini saksikan pemeteraian kerjasama strategik antara Petronas dan pihak berkuasa Turkmenistan - PMO | Pencapaian ini hadir sempena 30 tahun kerjasama Malaysia, Turkmenistan dalam sektor tenaga, yang menjadi antara tonggak penting hubungan dua hala kedua-dua negara - PMO | Kerjasama strategik antara Petronas, pihak berkuasa Turkmenistan buka lembaran baharu dalam hubungan ekonomi dan tenaga antara Malaysia dan Turkmenistan - PMO | Ahli Gabungan Kelab Media Malaysia (GKMM) negeri terima sumbangan RM10,000, GKMM terima RM30,000 - Fahmi | 

Pasaran Getah Ditutup Lebih Tinggi

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih tinggi pada Rabu, didorong oleh keyakinan terhadap potensi kejayaan urusan diplomatik antara Amerika Syarikat (AS)-Iran, kata seorang peniaga. 

Katanya, sentimen global semakin bertambah baik berikutan keyakinan baharu terhadap potensi penglibatan diplomatik AS-Iran. 

“Saham Asia terus meningkat pada Rabu, diterajui oleh saham teknologi yang menjejaki Wall Street, di tengah-tengah keyakinan berhati-hati terhadap potensi perkembangan diplomatik AS-Iran,” katanya kepada Bernama. 

Bagaimanapun, peniaga itu berkata kenaikan selanjutnya dihadkan oleh ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar AS, di tengah-tengah jangkaan bekalan bahan mentah bertambah baik apabila musim daun pokok getah luruh hampir tamat. 

“Permintaan getah China yang semakin lemah, apabila kilang tayar mengurangkan tempoh operasi susulan kos yang tinggi, di samping peningkatan bekalan apabila musim daun pokok getah luruh hampir tamat, dijangka memberi tekanan kepada harga getah dalam jangka masa terdekat,” tambahnya. 

Ketika dibuka, mata wang tempatan mengukuh kepada 3.9430/9510 berbanding dolar AS, daripada  3.9500/9545 ketika ditutup pada Selasa. 

Pada 3 petang, Standard Malaysian Rubber (SMR) 20 meningkat sebanyak 1.5 sen kepada 814 sen sekilogram, manakala lateks pukal mengukuh 1.5 sen kepada 769 sen sekilogram. 

-- BERNAMA