Niaga Hadapan KLCI Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka rendah pada Jumaat.

Pada 10.07 pagi, kontrak April 2026 menurun 2.5 mata kepada 1,682.50, Mei 2026 berkurangan 5.0 mata kepada 1,680.0, Jun 2026 merosot 3.0 mata kepada 1,681.0 dan September 2026 menyusut 2.0 mata kepada 1,664.0.

Jumlah dagangan sebanyak 1,561 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 34,834 kontrak.

Selepas sejam 17 minit dagangan, FBM KLCI merosot 1.46 mata kepada 1,688.25 daripada 1,689.71 semasa ditutup pada Khamis.

-- BERNAMA