BERITA TERKINI   Inisiatif Rumah Bangsa tarik lebih 10,000 ahli baharu dengan lebih 6,000 merupakan pemuda - Ahmad Maslan | Polis Johor tumpaskan sindiket dadah dengan nilai rampasan dan sitaan RM1.95 juta, tahan empat individu - Ketua Polis Johor  | Isu hutang jadi motif kepada insiden tembakan yang mengorbankan tiga individu di Kota Tinggi - Ketua Polis Johor | Kutipan cukai langsung LHDN cecah RM203.9 bilion pada 2025, julung kali melepasi paras RM200 bilion - PM Anwar | Kutipan cukai langsung LHDN cecah RM203.9 bilion pada 2025, julung-julung kali melepasi paras RM200 bilion - PM Anwar | 

Bursa Malaysia Kemuka Pertanyaan UMA Kepada Tanco Holdings

KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Bursa Malaysia Securities Bhd mengeluarkan pertanyaan aktiviti pasaran luar biasa (UMA) kepada Tanco Holdings Bhd berhubung kenaikan harga sahamnya yang luar biasa baru-baru ini.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, kumpulan pembinaan dan pembangunan hartanah ditanya sama ada terdapat sebarang perkembangan korporat terbaharu berkaitan perniagaan dan hal ehwal kumpulan belum diumumkan yang mungkin merangkumi aktiviti perdagangan termasuk dalam peringkat rundingan atau perbincangan.

Bursa Malaysia juga bertanya sama ada terdapat sebarang khabar angin atau laporan mengenai hal ehwal perniagaan kumpulan itu yang boleh menjelaskan aktiviti perdagangan tersebut.

Harga saham Tanco meningkat secara stabil sejak seminggu lepas, hari ini berlegar antara RM1.57 dan mencatatkan paras tertinggi dalam tempoh 52 minggu iaitu RM1.72.

Pada penutupan hari ini, kaunter saham itu merosot 5.32 peratus atau sembilan sen kepada RM1.60 daripada RM1.69 semalam dengan 29.63 juta saham diniagakan.

-- BERNAMA