BERITA TERKINI   Inisiatif Rumah Bangsa tarik lebih 10,000 ahli baharu dengan lebih 6,000 merupakan pemuda - Ahmad Maslan | Polis Johor tumpaskan sindiket dadah dengan nilai rampasan dan sitaan RM1.95 juta, tahan empat individu - Ketua Polis Johor  | Isu hutang jadi motif kepada insiden tembakan yang mengorbankan tiga individu di Kota Tinggi - Ketua Polis Johor | Kutipan cukai langsung LHDN cecah RM203.9 bilion pada 2025, julung kali melepasi paras RM200 bilion - PM Anwar | Kutipan cukai langsung LHDN cecah RM203.9 bilion pada 2025, julung-julung kali melepasi paras RM200 bilion - PM Anwar | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Rendah

KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Isnin, mencerminkan prestasi lebih lemah dalam pasaran Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat, apabila dolar AS yang lebih kukuh memberi tekanan kepada harga di tengah-tengah konflik AS-Iran.

Pada penutup dagangan, kontrak semerta bulan April susut kepada US$4,810.10 setiap auns troy daripada US$4,816.20 ketika ditutup pada Jumaat, dan kontrak Mei 2026 merosot kepada US$4,830.10 setiap auns troy berbanding US$4,836.20 setiap auns troy sebelumnya. 

Kontrak Jun, Julai dan Ogos 2026 semuanya ditutup lebih rendah pada US$4,848.60 setiap auns troy, berkurang daripada US$4,854.70 setiap auns troy.

Jumlah dagangan berada pada enam lot berbanding dengan 21 lot pada Jumaat, manakala kepentingan terbuka susut kepada 60 kontrak daripada 87 kontrak sebelumnya. 

Emas fizikal berada pada US$4,870.50 setiap auns troy pada penetapan London Bullion Market Association setakat 17 April 2026. 

-- BERNAMA