BERITA TERKINI   Unit Solarvest Holdings Bhd meterai kontrak EPCC RM1.06 bilion dengan Malakoff Silver Solar Sdn Bhd bagi pembangunan loji solar di Perak | DSA, NATSEC 2028 akan dianjurkan pada 17 hingga 20 April - Menteri Pertahanan | Seramai 1,429 pegawai, anggota PDRM dikenakan tindakan tatatertib termasuk 134 dibuang kerja sepanjang tahun lepas - Ayob Khan | KPDN menerusi JTPAP akan menyegerakan tindakan undang-undang bagi kesalahan di bawah Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961 - Armizan | 

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Tinggi Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka tinggi di Bursa Malaysia Derivatives pada Khamis.

Pada 9.27 pagi, kontrak April 2026 meningkat 1.5 mata kepada 1,713.50, Mei 2026 naik 1.5 mata kepada 1,714.50, Jun 2026 menambah 3.5 mata kepada 1,715.50, manakala September 2026 menokok 4.0 mata kepada 1,695.50.

Jumlah dagangan sebanyak 1,254 lot dengan kepentingan terbuka berjumlah 34,133 kontrak.

Selepas 34 minit dagangan, FBM KLCI meningkat 6.41 mata kepada 1,716.80 daripada paras 1,710.39 ketika ditutup pada Rabu.

-- BERNAMA