BERITA TERKINI   Piala Thomas: Malaysia 0 Finland 1: Leong Jun Hao kalah kepada Joakim Oldorff 17-21, 15-21 | Isu Kerajaan Negeri Sembilan: UMNO pusat akan bertemu ADUN UMNO negeri dalam masa terdekat - Ahmad Zahid | UMNO akan bertemu PM Anwar, bincang isu Kerajaan Negeri Sembilan - Ahmad Zahid | Malaysia kekal terbuka kepada pelaburan dari Timur dan Barat serta kerjasama dengan syarikat yang menghormati undang-undang dan keutamaannya - PM Anwar | Malaysia tidak berhasrat untuk hanya menjadi pengguna AI, sebaliknya menyasarkan bekerjasama dengan rakan strategik dan bersaing dalam ekonomi digital global - PM Anwar | 

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Tinggi, Sejajar Dengan Pengukuhan Pasaran Tunai

KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, sejajar dengan prestasi kukuh pasaran tunai pendasar.

Kontrak April 2026 meningkat 5.5 mata kepada 1,717.50, Mei 2026 dan Jun 2026 masing-masing menokok 6.0 mata kepada 1,719.00 dan 1,718.00, manakala September 2026 menambah 5.0 mata kepada 1,696.50.

Jumlah dagangan melonjak kepada 11,523 lot daripada 6,661 lot pada Rabu, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 44,801 kontrak daripada 39,107 kontrak sebelumnya.

Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 11.31 mata, atau 0.66 peratus, kepada 1,721.70 daripada 1,710.39 ketika ditutup pada Rabu.

-- BERNAMA