BERITA TERKINI   GSF 2.0: Lebih 40 peserta dari Malaysia, Indonesia, Pakistan, India, Seri Lanka dan Filipina sertai pelayaran fasa akhir ke Gaza - KP SNCC | GSF 2.0: Seramai 29 peserta Malaysia teruskan pelayaran dari Pelabuhan Marmaris, Turkiye - KP SNCC | Lebih RM15 bilion sokongan pembiayaan disediakan kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana pada tahun ini - MoF | Kemudahan pembiayaan mikro RM5 bilion yang diumumkan hari ini adalah berasingan daripada Kemudahan Bantuan Khas PKS RM5 bilion oleh BNM serta RM5 bilion di bawah SJPP - MoF | Kerajaan MADANI sedia kemudahan pembiayaan mikro berjumlah lebih RM5 bilion bagi 2026, dijangka memanfaatkan lebih 400,000 usahawan mikro, dengan pinjaman sehingga RM100,000 - MoF | 

Kontrak Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Khamis, seiring dengan prestasi positif di pasaran tunai.

Pada akhir dagangan, Mei 2026 meningkat 6.5 mata kepada 1,770.0, Jun 2026 naik 6.5 mata kepada 1,769.0, September 2026 menambah 5.0 mata kepada 1,749.0 dan Disember 2026 menokok 2.0 mata kepada 1,749.0.

Jumlah dagangan naik kepada 8,756 lot daripada 8,083 lot semalam, manakala kepentingan terbuka menambah kepada 41,372 kontrak daripada 39,698 kontrak.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menambah 1.98 mata atau 0.11 peratus kepada 1,758.85 daripada 1,756.87 ketika ditutup pada Rabu.

-- BERNAMA