BERITA TERKINI   Umat Islam di Malaysia sambut Aidiladha pada 27 Mei - Pemangku Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja | Kerajaan bincang tingkat kuota BUDI95 bagi penghantar makanan p-hailing kepada 250 liter Selasa ini - Anwar | Kaedah IBS projek Sekolah Angkat MADANI percepat pembinaan, jimat kos hingga 30 peratus - Amir Hamzah | Menteri Kewangan akan bertemu Sultan Pahang perjelas isu peruntukan Kerajaan Persekutuan kepada Pahang - Amir Hamzah | Rafizi dan Nik Nazmi umum keluar PKR, kosongkan kerusi Parlimen masing-masing berkuat kuasa esok | 

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka didagangkan lebih rendah pada minggu depan susulan penurunan harga minyak mentah di bawah AS$100 setong, kata seorang peniaga.

Peniaga Kanan Minyak Sawit Interband Group of Companies, Jim Teh berkata harga MSM dijangka didagangkan dalam julat RM4,200 hingga RM4,300.

“Permintaan fizikal bagi komoditi berkenaan dijangka datang dari China, Pakistan, India, dan mungkin beberapa negara di Timur Tengah untuk simpanan stok dalam persekitaran krisis Asia Barat.

“Pasaran juga akan memberi tumpuan kepada laporan bulanan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) mengenai prestasi minyak sawit bagi bulan April,” katanya kepada Bernama.

Bagi asas mingguan, kontrak bulan Mei 2026 turun RM26 kepada RM4,478 satu tan, Jun 2026 merosot RM68 kepada RM4,472 setan dan Julai 2026 susut RM65 kepada RM4,505 satu tan.

Ogos 2026 rendah RM67 kepada RM4,521 setan, September 2026 berkurangan RM73 kepada RM4,526 satu tan dan Oktober 2026 merosot RM77 kepada RM4,609 setan.

Jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 435,410 lot daripada 315,237 lot minggu lepas manakala kepentingan terbuka menokok kepada 281,027 kontrak daripada 259,891 sebelumnya.

Harga MSM fizikal untuk Mei Selatan adalah pada RM4,550 satu tan.

-- BERNAMA